September 07, 2009

bila yang tertulis itu ,



hati perlu cukup bercekal tok mengiya atau menidakkan sesuatu yang tak mampu tok dihadapi.
kalau keberadaan aku mencipta musik terlalu sumbang tok di dengar.
itu cara aku menyusun nada.
taperlu ikut rentak sesiapa.
sebetolnya aku sendiri maseh tercari sesuatu yang apa sebenarnya naluri mahukan.
Bila persoalan sudah terjelas jawapanya maseh terhujah bermacam2 contengan kata mahu itu mahu ini.Bukan cukup terang kemahuan aku lontarkan.
Hari semakin kusut,oh siang semakin sarat dengan mainan kehidupan.dan makin banyak olahan cerita ditokok tambah.
awak,kamu,kau.
saya mahu gula2 kapas.Nikmati sama kekaseh jiwa yang hilang.

Di tengah sawah bendang.mencari siput sedut.biar berselut lumpur.Disitu ada segalanya tentang manefestasi kehidupan yang jujur.
saya anak jati desa yang belajar makan ubi kayu.oh itu zaman tok kaduk orang bilang.usah diwar2kan lagi.
saya belajar mengaji di rumah tok guru pegang rotan.
Belajar menangkap udang galah menggunakan tin yang ditebuk lubang2 kecil bawahnya bersama umpan umbut kelapa.
tambat tali di batang nipah.tunggu berhari2.kalau tak si udang terjerat dalam tin si ketam yang yang termasuk perangkap.
Saya belajar seronoknya punya kehidupan sebegitu ketika maseh mentah keanak-anakkan.
saya rindu tentang kehidupan dulu.Rindu bermaen dengan kawan2 yang masing2 sudah punya kehidupan mereka di sudut impian yang telah digapai.
Rindu nak belajar balik di sekolah rendah kebangsaan sungai dua.
rindu nak belajar sempoa tika darjah 5 bersama cikgu suraya.kalau tapat jawab alamat perut akan di piat2 oleh cikgu suraya.
rindu sangat nak kayuh basikal dengan kawan2 kat tengah bendang sebelum sampai kelas tambahan petang.segalanya macam kenangan buat saya menanges sorang2.saya nak begitu sampai bila.
Sebab bila darjah 1 sampai darjah 6 saya taperlu menjadi kusut macam sekarang.terlalu banyak saya perlu hadapi dan fikirkan.

oh awak.
saya nak dakap semua kenangan lalu.
saya hidup atas nafas kenangan tuan2 dan puan2.