April 14, 2010

chenta abah, jangan buka belog saya,haaa : P sebab saya tahu abah tak akan buka dan tengok dan baca~lalalala.

saya semakin dibesarkan dengan inci kehidupan yang bersimpul dengan penuh kaseh sayang tuhan juga insan sekeliling biarpon berkusut sedikit sebanyak kelat yang memberi saya sesuatu pelajaran baru
hari
demi
hari.

dan saya pada hari ini menanti waktu untuk bergerak jauh kedepan
dan mahu bertanya apakah hari esok yang terbaik
atau bagaimanakah rundingan saya dengan harihari akan datang berjalan dengan matang
atau perilaku yang tersumbang.
saya tidak mahu berharap apa apa .

cuma.
mahu paham setiap perihal yang berlaku itu tersirat dengan kesah yang bagaimana harus saya akur dan ambil tindakan betul dan ampuh untuk diterima baik oleh dalaman ini.

malam tadi balik rumah tanpa membawa apa apa .
dan tibatiba abah bersuara ;
"eh mana teh ais untuk abah?" sambil abah ketawa kecil bertanya anak bongsunya ini.
oh abah nak teh ais ka?
ok sat cek p beli."
saya ingat dia bergurau.
patot la dia senyum dan tak cakap apa.
rupanya betolbetol abah pingin minum teh ais.

kenapa ?

sebab dah 3 hari saya akan bawa balik teh ais bungkus untuk abah saya.
tapi taktahu pulak abah ketagih mahu teh ais harihari.
haaaaa: P
ok abah,cek akan beli untuk abah teh ais harihari selepas ini : )

abah saya abah yang sudah beruban putih tapi masih gagah dengan semangat dan penuh kaseh sayang di jiwanya.
abah tahu anak abah yang paling kechil ini sangatsangat mahu abah bersamanya sampai dia berjaya kelak.
oh sayang abah saya melangittttt!
moga abah panjang umor dan gagah mengadapi segalanya : )

hari tu pegi kamdar.beli kain untuk buat abah baju melayu.
sudah hantar kain itu untuk dijahit.

saya mahu abah saya segak setiap hariharinya.
saya mahu kayakan abah dengan kechentaan dan kaseh sayang saya pada dia.

dan saya takmahu lihat abah bergenang air mata kerna dukaa yang mencela.
selagi anak kechil abah ini bersama,dia tak akan biarkan selumbar halus pon dekati abah tuanya.

oh encik hashim,abah saya.

seorang yang terhebat di mata ini,
kita sama merendui insan kechentaan kita,sangat dalam .
kita belum cukup kuat menerima perginya insan yang kita kaseh hari itu,
tapi kita selalu ingat insan agung yang terpahat kemas di hati dan jiwa kita ini selalu bersama dalam setiap doa kita padanya,
hari ini,
air mata abah jatuh mengenang arwah bonda.
saya tahu abah rendu yang sangat kuat.
saya tahu abah hadap sesuatu yang berat bersendiri.
abah perlu pendamping,pendongkong untuk pegang hati jiwa abah kuatkuat.

kenapa abah tamahu mencari?

abah diam.
saya diam.
masingmasing bungkam dan terus merenung pekat malam.
saya berlalu.

saya takmahu lihat air mata itu.
abah fikir apa?

anakanak?
anakanak abah kan dan besarbesar,
apa yang dirisaukan,

jawapan abah:
sebab dah makinnbesar buat abah makin risau.

aku diam.dan berhenti bertanya,
biar abah dengan masa sendirinya.
abah jangan tinggal saya dalam masa yang belumcukup kuat untuk saya hadap sendiri hidop untuk hari esok.
saya belum bersedia.
tapi abah.
saya minta maaf untuk segala perkara bodoh yang saya buat abah susah hati suatu ketika dulu.
saya janji saya akan jaga abah baik baik.

anak kechil abah yang bongsu,
nooratiqah.