June 13, 2010

lantaran hari ini aku belajar




bila satu persahabatan dalam kehidupan saya terlalu akrab sehinggakan saya selalu membiarkan segala berlalu tanpa dikesahkan ,maka nya hari ini saya perlu terima dan belajar sesuatu.skop  chenta yang bilanya aku juga tidak pernah kecilkan hanya tok chenta pada kekaseh sehingga aku benarkan hati dan jiwa diselongkar lebar oleh seorang sehabat.aku perlu akur.bila hari ini saket ,duka,jatuh dan sungkur aku hanya kerna chenta yang aku benarkan ini.dulu aku tamahu adasilap tok segala tindakan yang telah terencana kemas.tapi hari ini aku tidak mampu lagi meramal juga membayangkan kesah2 fairy tale indah yang aku atur manes tok hari yang kedepanya.benar,kita hanya sedayanya merencana dan segalanya sudah ditentukan,bila semalam aku paham harapan itu senjata paling berbahaya pada jiwa jiwa seperti aku.demi tuhan,aku tidak menyalahi siapa siapa,kerna silap yang datang dari akuyang terlalu cepat menduga segalanya. 

untuk kau yang bersama,terima kaseh.
dan disini aku pinjamkan nota ini





teman ada enam peringkat:
Peringkat satu – Teman yang sekadar tahu nama dan rupa kita. Itu saja. Saling bercakap lapik. Saling suka sebab saling nampak molek dalam bercakap lapik tadi. Semata berbual perkara positif atau isu ringan yang membuah senyum dan gelak.
Peringkat dua – Sepanjang meluang masa bersama dan berkongsi pelbagai cerita, kelakuan dan pemikiran masing-masing akan terserlah. Ketidaksamaan tersingkap.
Peringkat tiga – Teman buat keputusan (secara sedar atau tidak) sama ada mahu rapat atau jadi teman biasa. Teman biasa ialah teman yang hanya sesekali berjumpa, jadi kurang peluang bertemu cela. Kekal indah. Kurang rumit. Teman biasa habis di peringkat ini. Peringkat selamat. Teman rapat lanjut ke peringkat seterusnya.
Peringkat empat – Teman rapat dalam proses membiasakan diri dengan kelakuan dan pemikiran kita. Kalaupun dia tidak setuju, dia tidak meninggalkan. Sama ada dia tempelak, atau dia tegur, atau dia diam. Diam ada dua jenis: Diam dan lama-lama borak belakang, atau diam dan lama-lama matang (untuk berfikir ah semua orang ada buruk atau ah semua orang lain-lain.) Kurang expectation. Lahir appreciation.
Peringkat lima – Setelah melalui beberapa fasa susah-senang, timbul rasa ambil berat dan belas kasihan. Dalam fasa yang paling payah, sudut diri kita yang paling hodoh akan terdedah. Waktu ini, teman yang rapat akan cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikan kita. Jika sayangnya banyak, dia akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia takkan jumpa. Dia paling celik pada keburukan kita, pada perbezaan di antara, dan (secara sedar atau tidak) mula menimbal sama ada mahu menjauh atau tidak. Di peringkat ini, kalau kita ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta. Dan kita belajar betapa luasnya konsep rejection.
*Ambil nota bahawa ini bukan soal siapa baik-siapa jahat, atau siapa betul-siapa salah. Ini soal pilihan. Yang mana kita semua berhak. Jika kita tidak dipilih, bukan bermaksud dia sial atau kita sial. Ia bermakna kita emas bagi orang lain.
Peringkat enam – Tinggallah teman yang sebenar. Teman yang sebati dengan kita. Terima kita, peluk kita tanpa banyak soal. Matanya sudah menjangkau cacat kita. Melihat kita sebagai kita. Titik.
Ini aku. Jadi, kalau kau masih mahu aku, ambillah. Aku cuma di sini pada yang mahu.

p/s:daripada tulisan ini aku harapkan kau  sahabat aku yg berada di peringkat keenam.