hari ini kau bukan yang aku kenal semasa  kali pertama kau  senyum luas depan aku
hari ini kau tiada lagi disini
temankan aku bermain dan menari dalam gembira kita sendiri
tanpa ada resah sangsi
hari ini aku rebah tiada tangan yang menyambut indah
hari ini aku perlu ubah segalanya.
bila hari ini 
tiada lagi kelmarin antara dia dan aku
makanya 
tidak lagi aku mahu berbicara tentang ini.
biar kesah ini tidak bersambung .
biar sepi.
sepi alam tanpa skrip 
si penglipurlara.
aku perlu menyusun langkah dengan betol.
agar esok tidak lagi seperti hari ini.
nota ini untuk kau yang pernah ada di ruang jiwa hati kecil ini. 
 
 
