October 22, 2010

macam ni lah ,

aku halalkan segala umpat keji,maki sinis yang keluar masuk dari dulu sehingga hari ini.
aku mahu lebih baik begini.
secara total aku sedia minta maaf dan memaafkan lansung apa saja yang pernah terpalit secara halus juga kasar.
dan kepada kau kau kau jika maseh salahkan aku dalam apa jua perkara yang sipi mahupon basi besar kisahnya
tidak mengapa.
aku sudah tamahu ingat apa apa.
seperti aku mahu segala yang begitu pegi lenyap terus luput tiada bayang.
aku sudah reti berhati sebegini.
biar lahanat mendekati.
aku tapernah lagi memandang besar juga menunduk pilu.
lemah mahupon kuatnya aku,biar itu aku tahu.
aku sedap mendakap hidop hari ini.
jika maseh kurangnya aku celanya aku di mata kau kau kau
itu hal kau.
setahu nya, aku telan kelat sudah biasa aku ngelat.
aku chenta kaseh juga sayang diri aku.
sebagaimana kau kau kau juga sebegitu.
mahu campur urusan aku silakan,selagi kau mahu.mungkin itu lebih buat kau senang.
jangan tunggu dan datang dari belakang,
akan aku jemput bersimpuh di ruang depan.
sama seperti mereka,aku biasa biasa.
hey,




jom menari dekat pantai ,malam minggu ni.kau kau kau juga siapa siapa.yuk bersaksikan bintang berjuta : )