November 12, 2008

pegi kalian.hadir dalam kenangan


hidop yang bakal kekosongan.

aih.

selamat pegi kawan2 dari kehidupan kalian di puncak nostalgia ini.

kenangan takkan pernah pegi.jiwa kalian pon masih ada di hati.

apa yang aku rasakan ini.persembahan tok dirimu(buat kalian teman2 ku)

kental.

tapi susah.

banyak sangat nda aku buat ngan korang.

mana mungkin aku tak rasa pa2.aish,semput nak lepas kalian.sesak mahu antar kalian.

biarpon hanya dari hela nanfas ku kirim.

aku tak rasa aku bisa setabah aku sekarang tok semester depan.

dengan sapa aku nak campak kenakalan sama?

dengan sapa aku nak harung huru hara macam kena rasuk setan bila ketiadaan kalian.

dengan sapa aku nak mengah lari lintang pukang bila kena kejar guard.

dengan sapa aku mampu buat lawak bodo aku ne.


...............................................................................


tolong cerita pada aku kesah kita ne siapa yang mampu beri lagi??

sakit.sedap.itu yang jadi kunyahan hidop kita.

terpalit tahi pon sapa yang selalu bersama.

??

tolong jangan lupa tu sume .

bangun rebah kita.kita yang saling hulur tangan membantu.

biarpon tak banyak.tapi yang sedikit itu buat aku rasa bernafas di sini.

sumpah kelat aku rasakan kini.

sapa nak layan kerenah aku yang hancur ranap ne?

sapa yang sudi temanku meneguk secawan teh panas bersama biskut kering hapseng dan tiger?

ah,gile.mana aku nak cari kawan sempoi macam kalian.

yang buleh bercerita tentang pa saja dalam kocek mereka sampai pagi buta.

yang buleh juga di ajak mengambil angin malam menyaksikan bintang dalam pekat malam.

dan bila punya masa di hujung minggu tak kira masa mencecah pukol berapa,kita buleh

melayan muvie2 seram.

minggu2 aku pasti terisi kala kita bercanda di mana saja destinasi kita pegi .dan suka suki tok

pulang jam berapa kita suka macam kolej tu bapak kita punya.

haaaaa.

aku bakalan kangen kelibat kenangan yang paling agung pernah aku punya dan milik.

tolong aku tuhan.

tolong kesat air mata murni ini.

dan tolong iringi perpisahan sementara ini dengan setulus doa aku utus buat mereka.

yang suci dan indah penah menapak di jiwa aku.

kita sarat dengan kenangan.

kita larat dengan cacian.

pada kalian yang telah menyentuh hidopku,

trimas,trimas paling sakral aku zikir tok kalian.

sampai mati aku setia merindui sume ne.

dua belas haribulan november dua ribu lapan

catatan redup:cik_alkana.kusi keras tempat santap kolej professional mara.