March 11, 2009

infinity rasa.


selamat pagi.

hee.hari2 dapat ucap pagi dari kamu.

terima kaseh.sangat bertenaga untok ke kelas.

semester terakhir di kolej.
kenangan terlalu banyak.

sampai rasa hidop terlalu memberi budi.
aku sangat bersyukur.
di beri rasa suka dan duka menghuni di jiwa.

rindu nak maen bowling.
dengan mereka dan mereka itu.
berbaju kurung,tak pakai kasut bowling la,pakai sandle,sangat2 gila.
dan aku mahu menyanyi di mana saja kotak lagu yang sudi menjemput.

haaaa.

aku mahu berpeleseran di paling belakang sudut terjauh itu
dalam pekat malam yang selalu sudi menemani lewat hari ku.
bersama dia.dia.dan dia.
melihat bulan dan bintang berpesta di angkasa tanpa rasa gundah gulana.
bagai membawa sekali segala rasa terbang bersama menari mengikut alunan gesekkan biola yang terlindung di sebalik rasa jiwa,

jauh dari segala pikuk
kami .kami dan kami.

kemudiannya pergi jauh membawa diri
ke dunia kami.
berpoya-poya ke setip genap destinasi kami mahu.
setiap kali masa mahu kami bersama
beristirehat menghirup segar keindahan warna warni dunia kami punya.

sekali lagi aku mahu juga.
mengumpul kenangan sampai tak terhingga memori di kamera tiada ruang menyimpan foto2 yang
mahu di rakam bersama pelangi hidop tok aku lekatkan nya di ruang dinding
agar setiap kali aku rindu.
aku bisa menatap senyum foto2 kenangan itu.
jiwa aku hidop kerna kenangan.

terima kaseh.

infinity.

pada semua yang pernah menyentoh hidop aku.