August 30, 2009

-selumbar tercucuk hati-


tempoh 3 tahun itu cukup untuk aku kenal kau.
cukup untuk aku terima baek buruk kau.
dan cukup untuk bahagia dan saket yang mungkin aku tidak sengajakan.

aku terima kau sepenuh jiwa aku .

aku telan pahit duka untuk apa saja kau telanjangkan.

aku simpan kemas2 setiap manes cokelat kau salutkan.


selama waktu yang benar aku amati isinya aku bulatkan satu ketentuan.

kau terima tok kebaikan ya.

begini.
seperti janji kau pernah kotakan,aku pegang selamanya biarpon ada yang tercedera kerana khilaf yang tak bisa berpatah balik.

aku beri sepenuh ruang untuk diperbetulkan.
kau ada hak untuk pastikan hidop kau benar2 baek.dan,
gumbira.

buleh juga kau bagi aku ruang untuk memperbaiki hidop aku tak?
aku cuma mahu sedikit rasa sendiri.

semua orang buleh mengerti kalau saketnya bila disakiti.

jadi sebetulnya aku tamahu menyakiti dan disakiti itu.
sebab pembetulan hidup bukan banyak kali.

kita seronok merancang itu ini.
tetapi bukan kita yang beria menentukan.
itu kerja tuhan.
tak buleh nak diperbetulkan.

benar aku jujur untuk kau.kerana aku tamahu benda terjadi tok keberapa kali lagi.

untuk kau,aku simpan kemas2 semuanya.
malam ni aku nak buang segala yang tak perlu.sebab aku tak kuat tok menghadapi kebuduhan lagi.

selamat malam 1 malaysia.merdeka kan diri.
merdeka yok!