November 22, 2009

bila abah kata jangan pergi,,kau degil!

kabus muncul tak beperasaan.dingin embun ada emosi sepi.
hujan lebat mencurah kini.bagai kan tiada henti.
kau laguku.kau irama terindah.tiada lagi ku dengari.
kau pergi.
serabut pagi sampai malam seakan sama harihari.
kesian sama alam.gigil kerna degil hujan .
gerimis jatuh sampai tanah basah meratapi.
si dia tunggu bintang.tapi yang datang si bulan sabit yang hambar dalam gelap awan pekat.
kau sedih ya?
hujan itu rahmat tuhan yang ada asbabnya.
dia artikan untuk kau paham tentang segalanya.
walau dalam samar,lambat atau cepat ujian khaliq itu ada hikmahnya.
kau percaya akan tiba suatu masa tok kau dakap kuakuat kebahgiaan nanti?
mungkin bulan sabit hanya singgah dengan harapan memberi kau sedikit rasa tenang.
agar kau nampak nian nya.
cuba jadi macam pantai.walau kuat dipukul ombak pantai tetap utuh dengan batubatu besar di situ.dulu ada anak kecil berambut ikal dengan penuh harap butuh segala macam perkara yang diimpikan akan tertunai hari ini.
tapi dengan satu dan satu ujian pencipta dia lemah.dia rasa jahanam.
dia alpa dengan silap dia yang terlampau bukanbukan.sampai dia lupa inci kehidupan maseh mahu dia belajar sesuatu.

tahu?
hidop perlu sangat berani.perlu selalu positifkan diri.dan kadangkadang
kau kena negatif.supaya ada keseimbangan untuk kau belajar menerima dan memahami.
paling penting kau tahu betol dan salahnya pendirian kau tentang sesuatu.
kau perlu sedar,,kau perlu memaafkan,,kau perlu berkorban,,kau perlu menghargai apa yang kau sudah atau sedang pegang.jangan bermain dengan emosi diri.
sekali sekala bila bemonolog sendiri kau akan dapat jawapan yang agak pasti.
oh!aku rendu contengan jiwa.aku tunggu tetapi tetap tamahu ada.aku tak tahu mana silapnya.
aku butuh seseorang.yang hidopkan kembali harihari itu.
hari yang penuh girang dengan liburan manes.ke mana pergi ya?
kalau boleh aku nak hirup kopi panas saat ini.biar nyaman dengan aromanya.
biar selesa tanpa ada rasa yang menduga.aku nak ke sana.
destinasi yang aku hidop dengan kenangan lagi.ada kaukaukaukaukau.
yang tak merungut macam hari ini.yang tak akan penah sesal teman sampai mati.
tapi air mata ini tumpah lagi,sama tumpah hujan ke bumi.taperlu seka.
kerna dalam yang aku rasa bercampur macam.
perempuan memang begini.bilang la kau kuat.kau tetap tak buleh lepas dari bermaen emosi.sudahsudah.kau takbuleh begini.
cukup kau lalui setiap bab dalam kesah kau.
penat bukan??kau percaya pada takdir DIA tak?DIA takkn uji hambanya lebih dari kemampuan .cukup.
hee.jom makan eskrem m'sia.nak?sambil naik jongkang jongket dan bercerita tentang apa saja kesah kita.atau,
kau nak bertenang kat satu tempat lapang sambil pegang bintangbintang indah?
kita layan musik alam.biar sumbang,kadangkadang kita leka sampai terlupa esok maseh ada.
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah.selamat menjemput lena,anak kecil berambut ikal,

hey,esok jangan ulang silap hari ini.